Wednesday, October 13, 2010

Kenangan Terindah Yang Cukup Indah....

Assalammualaikum pembuka bicara.....

Kita cukup sinonim dengan perkataan kenangan terindah dan cukup indah. Mungkin di sebabkan perkataan ini sentiasa meniti di bibir anda. Maklumlah lagu "Kenangan Terindah" dan "Cukup Indah" begitu popular bagi setiap orang yang mendengarnya. Bagi saya dua perkataan ni mempunyai banyak maksud yang tersurat dan tersirat dalam hidup ini. Perkataan ini lebih kepada persahabatan di mana saya mempunyai dua sahabat baik yang masing-masing mempunyai lagu tema perkenalan.
Perkenalan saya bersama sahabat baik yang pertama, berlangsung semasa saya sedang interview kerja di syarikat tempat saya bekerja sekarang. Kami sama-sama masuk dan perkenalan secara tidak langsung itu bermula sebagai sahabat baik yang terlalu rapat. Sehingga kini sudah 3 tahun lebih saya mengenalinya. Tapi, seperti kata pepatah "ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari". Persahabatan yang dibina di uji dengan pelbagai ujian.